PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada
Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz.
Malah kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Nik
Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dicanang oleh musuh
politik PAS tidak menggambarkan perkara sebenar.
Loading...
"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak
membawa konteks dan maksud yang sebenar.
"Yang disebut soal PAS terima duit Umno, bukan itu
saja, banyak lagi huraian. Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam
audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan.
"Dari minit pertama hingga minat terakhir, "
katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini, lapor Malaysiakini.
Terdahulu isu rakaman audio yang didakwa mengandungi suara
Nik Abduh kembali timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di
luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2
Februari lalu.
Beberapa hari selepas media melaporkan kes saman fitnah itu
tidak akan diteruskan, dua pengguna Facebook tampil mengaku menjadi "saksi
hidup" berhubung rakaman audio itu.
Pengguna Facebook bernama Dr Muhammad Atiullah Othman dalam
satu perkongsian hari ini mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh
membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.
Sah suara audio Nik Abduh - PAS
Reviewed by Faceless
on
22:39
Rating:
Reviewed by Faceless
on
22:39
Rating:

No comments: