Ketua penerangan PAS menolak “fitnah” bahawa beliau memiliki
kenderaan mewah dengan menegaskan hanya memiliki “sebuah kenderaan” sahaja.
Nasrudin Hassan memberi keterangan demikian kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung kes dana RM90
juta dan dakwaan memiliki kenderaan mewah.
Loading...
“Mereka (SPRM) menyoal beberapa soalan mengenai kenderaan
mewah yang kononnya saya miliki...sebenarnya saya cuma ada sebuah kenderaan
saja,” katanya, lapor Harian Metro.
“Tuduhan Clare adalah fitnah yang berniat untuk menimbulkan
persepsi politik terhadap PAS,” kata bekas ahli parlimen Temerloh itu, selepas
disiasat selama dua jam.
Beliau turut menyifatkan tuduhan editor Sarawak Report Clare
Rewcastle-Brown “sangat tidak adil” apabila menggunakan media supaya individu
yang difitnah menyaman beliau.
Sepatutnya pihak berkuasa menyoal dan meminta Clare
mengemukakan bukti tuduhannya dan bukannya membebankan mangsa yang difitnah,
tambah Nasrudin.
Tiada dokumen diserahkan pada SPRM. Nasrudin dan Ketua Dewan
Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik antara 13 pemimpin PAS yang disiasat berhubung
kes tersebut.
Keterangan berkaitan isu itu mula direkodkan SPRM selepas
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan penyelesaian luar mahkamah
kes saman antara beliau dan Clare.
Dua jam di SPRM, Nasrudin nafi miliki banyak kereta mewah
Reviewed by Faceless
on
02:34
Rating:
No comments: