Foto oleh Ismaweb
Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan polis
berhubung perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disertai sekumpulan
komuniti penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu negara
pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata,
pihaknya akan menyiasat laporan itu di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan
Aman.
Loading...
“Kami ada terima laporan mengenai perarakan wanita di
hadapan pusat beli-belah Sogo. Ada kumpulan komuniti LGBT yang turut serta.
“Kita ambil maklum mengenai laporan ini dan sedang
menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Warga kota terkejut dengan kehadiran peserta yang ramai
dalam perhimpunan tersebut yang memulakan perararakn dari pusat beli belah Sogo
hingga ke Masjid Jamek.
Memetik laporan Sinar Harian, jumlah peserta perarakan itu
adalah kira-kira 1,000 orang.
Mereka yang dilengkapi sepanduk dan bendera pelangi turut
melaungkan slogan ‘hentikan perkahwinan kanak-kanak’, ‘hidup wanita’ dan
‘jangan kacau LGBT’.
Para peserta himpunan itu terdiri daripada Women Aid
Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS), aktivis dan pelajar. - Astro Awani
Polis siasat perarakan LGBT di ibu negara
Reviewed by Faceless
on
17:41
Rating:
No comments: