Kerajaan negeri Kelantan menzahirkan penghargaan terhadap
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana bersetuju meluluskan lima projek
pembangunan di negeri itu yang menelan belanja kira-kira RM1.4 bilion.
Menteri Besar, Ahmad Yakob turut merakamkan penghargaan
kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali yang berkunjung ke negeri
itu serta mempengerusikan Majlis Tindakan Negeri (MTNg) dan mengumumkan lima
projek berkenaan, lapor Malaysiakini.
Loading...
"Kerajaan negeri Kelantan menyatakan sokongan penuh di
atas keputusan Perdana Menteri bahawa tidak akan ada lagi lantikan politik
dalam MTNg dan buat pertama kali struktur majlis ini dirombak dengan melibatkan
pegawai kerajaan negeri dan persekutuan sahaja.
"Kerajaan Negeri melihat bahawa perlantikan YB Mohamed
(Azmin Ali) selaku pengerusi MTNg Kelantan adalah sebagai pemilihan yang tepat
dan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan
Persekutuan dalam pelaksanaan semua projek-projek pembangunan negeri dan negara,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lima projek tersebut ialah pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur
Fasa 3 (PT3) bermula dari Gemuroh
(Terengganu) ke Tumpat sepanjang 150km, menaik taraf Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra, membina jalan raya yang menghubungkan Pasir Puteh-Machang-Jeli,
membina jambatan Palekbang di Kota Bharu dan pembinaan Lebuh Raya Central Spine
Road (SCR) sepanjang 123 kilometer.
Bagi tahun 2019 sejumlah RM1.4 bilion diperuntukkan untuk
tujuan pembangunan di Kelantan sebagai sumbangan kerajaan persekutuan.
Azmin sebelum ini berkata lima projek pembangunan itu
diperhalusi dan diluluskan oleh Perdana Menteri melalui mesyurat Majlis
Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC), Isnin lalu.
MB Kelantan ucap terima kasih PM, luluskan projek RM1.4 bilion
Reviewed by Faceless
on
02:28
Rating:
No comments: