MANILA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata kerajaan hari ini mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata
pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa
sama pengajaran subjek itu dalam Bahasa Kebangsaan tetap diteruskan.
Katanya pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada
rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi penagajaran mata
pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.
Loading...
“Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bagi semua
sekolah kita kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka
akan dapat keuntungan daripada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak
untuk belajar daripada bahasa itu.
“Khususnya, ramai yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris
akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran,” katanya
kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Filipina semalam.
Turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar
Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Darell Leiking.
Mengenai lawatannya
ke Filipina, Dr Mahathir berkata beliau berpeluang mengadakan pertemuan empat
mata dengan rakan sejawatannya Presiden Rodrigo Duterte dan membincangkan
pelbagai isu mengenai kepentingan bersama Malaysia dan Filipina.
“Hampir kesemua isu (dibincangkan dengan Presiden Duterte)
tidak ada yang tidak dipersetujui. Persepsi mungkin berlainan tetapi persoalan
tuntutan ke atas Sabah (oleh Filipina) bukan subjek perbincangan yang begitu
menekan,” katanya. ― Bernama
PM: Kerajaan ambil jalan tengah isu subjek Sains, Matematik di sekolah
Reviewed by Faceless
on
17:35
Rating:
No comments: