Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyayangi Malaysia
Airlines Berhad tetapi kerajaan tidak mampu menyelamatkan syarikat penerbangan
kebangsaan itu.
Perdana menteri berkata susulan itu, kerajaan sedang
mengkaji sama ada perlu menjual atau tidak syarikat terbabit, lapor Utusan
Online.
Loading...
“Saya sayang MAS, saya mahu MAS dijadikan satu syarikat
penerbangan nasional tetapi kita nampak seolah-olah kita tak mampu,” kata
perdana menteri dalam sidang akhbar di lobi Parlimen.
“Ada pihak-pihak tertentu ingin membeli MAS, jadi kita tidak
tolak, kita mahu kaji sama ada perlu jual atau pun tidak.
“Saya nampak bahawa pengurusan setakat ini, walaupun kita
memilih pengurus dari luar, masih lagi MAS mengalami kerugian, jadi satu daripada
caranya adalah dengan menjual,” katanya.
12 Mac lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang
mempertimbangkan beberapa langkah terhadap Malaysia Airlines termasuk
kemungkinan menutup syarikat penerbangan itu.
Pertimbangan itu dibuat kerana kerugian yang dihadapi
Malaysia Airlines sejak beberapa tahun lalu yang menyumbang sebahagian besar
susut nilai Khazanah Nasional.
Tun M kata sudah ada pihak minat beli MAS
Reviewed by Faceless
on
00:45
Rating:
No comments: