Kerajaan akan menanggung hutang RM130 bilion jika projek
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan dan hutang berkenaan mesti dilunaskan
dalam tempoh 30 tahun, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ini, katanya, membabitkan pinjaman berjumlah RM60 bilion dan
kadar faedah tertentu yang perlu dibayar balik, lapor Malaysiakini.
Loading...
"Jika kita mahu tamatkan projek ini, kita terpaksa
membayar pampasan berjumlah berbilion-bilion.
"Tetapi jika kita teruskan, hutang kita pula akan
berbilion-bilion dan ini akan mengambil masa berdekad-dekad lamanya untuk
membayar balik, dan akhirnya, pinjaman dengan bunga akan melonjak kepada RM130
bilion," kata Mahathir Dewan Rakyat, hari ini.
Mahathir kemudian menjelaskan bagaimana beliau mendapat
angka tersebut ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen.
“Jika diteruskan, kita perlu meminjam sehingga RM60 bilion.
Bayaran semula pinjaman itu disertakan faedah selama 30 tahun.
“Dalam tempoh 30 tahun, jumlah pinjaman dicampur faedah akan
mencecah lebih RM100 bilion dan ada yang menganggarkan ia sekitar RM130 bilion,
menyebabkan kerajaan tidak mampu menanggung kos projek ini,” katanya.
ECRL adalah projek era pentadbiran BN, yang menurut bekas
perdana menteri Najib Razak akan menelan kos RM55 bilion dan dibiayai dengan
pinjaman dari China.
Kerajaan Pakatan Harapan sedang merundingkan semula projek
itu dengan Beijing.
Diminta mengulas perincian semula skala projek itu jika
diteruskan, Dr Mahathir berkata, kerajaan mungkin menangguhkan perkara tertentu
seperti pembinaan landasan berkembar.
“Kita teliti semula projek itu dan melihat pada beberapa
perkara yang tidak diperlukan, contohnya mungkin tidak perlu laksanakan trek
berkembar.
“Unjuran awal kargo dan penumpang tidak begitu besar
jumlahnya, maka kita boleh tangguhkan beberapa bahagian daripada projek atau
perancangan sehingga ia diperlukan,” katanya.
PM dakwa k'jaan tanggung hutang RM130 bilion jika ECRL diteruskan
Reviewed by Faceless
on
00:41
Rating:
No comments: