Bantuan khas RM500 untuk pesara dibayar esok


PUTRAJAYA - Seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 secara one-off bermula esok.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan memberitahu, bayaran bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Bajet 2019 yang dibentangkan pada 2 November lalu.


Loading...

Jelasnya, JPA bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah mengenal pasti senarai penerima pencen di bawah RM1,000 dan bagi memastikan bantuan secara one-off ini dibayar kepada penerima pencen yang layak, lapor Kosmo Online.

"Semakan secara menyeluruh telah dibuat melalui agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Akauntan Negara.



“Keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan pembayaran secara one-off sebanyak RM500 diharap memberi keselesaan dan memenuhi keperluan semasa para pesara kerajaan terlibat,” jelasnya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pembayaran berkenaan boleh diajukan kepada talian 03-88854648/4433/4667 atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my.
Bantuan khas RM500 untuk pesara dibayar esok Bantuan khas RM500 untuk pesara dibayar esok Reviewed by Faceless on 22:27 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.