Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, jika usaha rundingan semula ini
berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan dengan skala yang sesuai
dengan manfaat yang bakal dijana oleh rakyat.
Projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan
diteruskan dengan kos yang lebih rendah, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO)
hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kos projek itu dikurangkan
selepas Putrajaya dan Beijing melakukan rundingan selama beberapa bulan.
Loading...
Kata PMO kos pembinaan bagi fasa satu dan dua ECRL
dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion menjadi RM44 bilion, lapor Malaysiakini.
Kos asal untuk projek tersebut ialah sebanyak RM65.5 bilion.
"Pengurangan ini pasti memberi manfaat kepada Malaysia
dan meringankan beban kewangan negara," kata kenyataan dikeluarkan itu.
Dalam kenyataan itu PMO berkata kerajaan Malaysia
mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) di antara Malaysia Rail
Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Co Ltd (CCCC) uang
akan membuka jalan kepada penerusan projek ECRL.
"Butiran lanjut mengenai perjanjian yang diperbaiki itu
akan dimaklumkan pada sidang media Isnin ini," kata PMO.
Untuk rekod bekas menteri kewangan Daim Zainuddin berada di
Beijing hari ini dan bertindak mengetuai rundingan bagi pihak Putrajaya.
Kunjungan beliau ke bandar raya itu dibuat menjelang
kedatangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad China hujung bulan ini.
Projek ECRL asalnya digerakkan Najib Razak yang ketika itu
menjadi perdana menteri. Upacara pecah tanah untuk projek berkenaan dilakukan
pada Ogos 2017.
ECRL akan menghubungkan Port Klang ke Kelantan dan mengikut
rancangan asal landasan itu mengunjur sehingga 688km.
Selepas PH membantuk kerajaan pada Mei tahun lalu,
pelaksanaan projek ECRL dikaji semula selepas mendapati kos pembinaannya
terlalu tinggi.
ECRL diteruskan dengan penjimatan sebanyak RM21.5b
Reviewed by Faceless
on
01:29
Rating:

No comments: