SERDANG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
menegaskan Johor merupakan sebahagian daripada Malaysia ketika diminta mengulas
mengenai kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam
yang meminta pihak tertentu supaya hentikan campur tangan mengenai hal ehwal
negeri itu,
Loading...
"Kecualilah kalau ia negara asing. Saya tak campur
urusan dalaman negara asing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan
Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Agro Malaysia (Maeps) Serdang hari ini.
Menurut Mahathir lagi, beliau menolak cadangan UMNO Johor
supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang
baharu, dengan mengatakan bahawa Menteri Dalam Negeri itu mempunyai tugas lain
yang perlu dilaksanakan.
"Parti yang menang (Pakatan Harapan) menamakan Menteri
Besar bukan yang kalah...yang kalah duduk diam," katanya ketika di tanya
sama ada beliau akan menimbang cadangan UMNO Johor supaya Muhyidddin, yang
berpengalaman sebagai Menteri Besar dan Timbalan Perdana Menteri memimpin kerajaan negeri itu. - Bernama
Johor merupakan sebahagian daripada Malaysia - Tun M
Reviewed by Faceless
on
01:23
Rating:

No comments: