Umno Johor cadang Muhyiddin jadi MB, Dr Mahathir balas ‘orang kalah diamlah’


Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan Umno Johor yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri besar Johor seterusnya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebaliknya berkata hal itu terpulang kepada parti yang menang untuk memutuskan siapa yang bakal ganti Datuk Osman Sapian.

Loading...


“Parti menanglah pilih MB (Johor), bukan pihak yang kalah. Orang kalah diamlah,” kata perdana menteri merujuk kepada kenyataan Umno negeri berkenaan, lapor Projek MM.

Perdana menteri ditemui selepas pelancaran Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.

Muhyiddin, presiden PPBM yang juga menteri dalam negeri adalah bekas menteri besar Johor ketika pentadbiran Barisan Nasional.



Kerusi menteri besar Johor kosong selepas Osman meletak jawatan Isnin lalu. Selain Muhyiddin, empat exco disebut-sebut sebagai pengganti.

Umno Johor cadang Muhyiddin jadi MB, Dr Mahathir balas ‘orang kalah diamlah’ Umno Johor cadang Muhyiddin jadi MB, Dr Mahathir balas ‘orang kalah diamlah’ Reviewed by Faceless on 01:16 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.