Isu berlian: Rosmah mahu penyebar ‘fitnah’ minta maaf kepada rakyat


Datin Seri Rosmah Mansor menggesa pihak yang memfitnahnya berhubung pembelian berlian merah jambu supaya meminta maaf kepada rakyat.

Walau kecewa ramai yang mempercayai tuduhan tersebut, isteri bekas perdana menteri berkata beliau memaafkan semua individu, lapor Sinar Harian.

Loading...

“Saya maafkan mereka. Apa yang mustahak sekarang ini, mereka yang menyebarkan fitnah perlu memohon maaf kepada rakyat kerana membuatkan rakyat percaya,” katanya kepada media.

“Rakyat terkesan pada hari ini kerana fitnah itu (antara punca kekalahan BN dalam PRU14). Cerita fitnah itu lebih menarik perhatian.”

Timbalan menteri kewangan kelmarin mengatakan tiada sebarang pembelian berlian merah jambu daripada isteri orang kenaman di negara ini, dipercayai merujuk kepada Rosmah.


Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata demikian menjawab soalan wakil rakyat Bukit Bendera Wong Hon Wai berhubung lebih 40 unit barangan kemas melibatkan isteri seorang ahli parlimen. - Projek MM
Isu berlian: Rosmah mahu penyebar ‘fitnah’ minta maaf kepada rakyat Isu berlian: Rosmah mahu penyebar ‘fitnah’ minta maaf kepada rakyat Reviewed by Faceless on 01:36 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.