Pembentangan kertas putih "ke arah kelestarian"
Felda mendedahkan kepincangan pengurusan pentadbiran lama termasuk pembabitkan
bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam urusan pelaburan yang merugikan entiti
itu.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, berkata hasil
audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset berjumlah RM2.2
bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50 peratus daripada
nilai pelaburan asal.
Loading...
Kedudukan kewangan Felda kata Azmin bertambah tenat akibat
pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi
daripada harga pasaran, lapor Malaysiakini.
"Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT
Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96
peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu.
"Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu
hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.
“Najib Razak yang dikenali sebagai MO1 selepas ini, yang
merupakan menteri kewangan pada ketika itu, terlibat dalam proses pelaburan ini
dengan memberi arahan untuk menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan
oleh Kementerian Kewangan.
"Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab
bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana ini menyebabkan Felda
menanggung liabiliti yang tinggi," katanya ketika membentangkan kertas
putih Felda di Parlimen, hari ini.
Azmin berkata, situasi Felda menjadi semakin serius dan
parah akibat "kedurjanaan" urus tadbir korporat dengan jumlah hutang
Felda telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100 peratus daripada RM1.2
bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan
kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107 peratus.
Katanya, audit forensik juga mendapati konflik kepentingan
dalam pengurusan amat ketara apabila Mohd Isa Samad yang memegang jawatan
Pengerusi dalam Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV
Holdings Berhad.
"Pada masa yang sama, FO1 (Mohd Isa) juga memegang
jawatan Pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah Felda dan FGV. Konflik
kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga mempunyai kuasa eksekutif sebagai
Pengerusi Felda.
"Sebagai contoh, pembelian Park City Grand Plaza
Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA
dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan
yang ditetapkan.
“FO1 membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga
pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta," katanya.
Sementara itu Azmin berkata, penyenaraian FGV telah menjana
tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana Felda telah memperolehi tunai sebanyak
RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.
Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi
oleh Felda melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan
yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap.
"Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan
untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum," katanya.
Tindakan 'durjana' Najib, arah segerakan beli Eagle High jadikan liabiliti Felda tinggi - Azmin
Reviewed by Faceless
on
01:33
Rating:

No comments: