Bekas pegawai khas Isham Jalil dalam mempertahankan Najib
Razak memberi contoh kesederhanaan hidup bossnya berbanding Tun Mahathir dan
Tun Daim. – Foto AbuLeman Blog
oleh Isham Jalil
Tempohari beberapa orang saksi pendakwaraya telah dipanggil
untuk memberi keterangan di mahkamah.
Dua orang daripada saksi-saksi ini adalah kontraktor binaan
dan renovasi yang telah membuat kerja-kerja binaan di rumah Dato’ Seri Najib di
Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Loading...
Saksi-saksi ini dipanggil oleh pihak pendakwaraya untuk
menunjukkan ke mana duit yang dikatakan berasal daripada syarikat SRC telah
dibelanjakan.
Berdasarkan keterangan Peguam Negara Tommy Thomas, teori
pihak pendakwaraya ialah syarikat SRC telah memasukkan duit ke dalam akaun dua
anak syarikat mereka iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn.
Bhd. dan anak-anak syarikat ini telah memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri
Najib dan akaun ini digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk tujuan peribadi
beliau seperti membuat renovasi rumah dan sebagainya.
Dua anak syarikat SRC tersebut iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd.
dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menjalankan kerja-kerja
corporate social responsibility (CSR) atau kerja-kerja tanggungjawab sosial,
kebajikan atau amal jariah.
Dan teori pihak pendakwaraya lagi ialah perkara di atas
dilakukan oleh SRC sebagai timbal balasan kepada Dato’ Seri Najib kerana
Kementerian Kewangan telah meluluskan jaminan kewangan kepada syarikat SRC ke
atas pinjaman mereka.
Ada sekurang-kurangnya dua perkara yang tidak kena dengan teori
pendakwaraya ini:
PERTAMA, mengikut undang-undang untuk mensabitkan kesalahan,
pihak pendakwaraya perlu membuktikan teorinya bahawa Dato’ Seri Najib telah
mengarahkan syarikat SRC tersebut untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya yang
kononnya sebagai timbal balas ke atas tindakan Kementerian Kewangan meluluskan
jaminan pinjaman syarikat SRC tersebut.
Teori dan perkara ini tidak dapat dibuktikan oleh pihak
pendakwaraya sehingga kini. Apa yang ada pada mereka hanyalah teori Peguam
Negara seperti di atas.
Oleh sebab ini, besar kemungkinan pihak pendakwaraya cuba
mengalih perhatian dengan cuba menunjukkan yang kononnya Dato’ Seri Najib
menggunakan duit SRC untuk merenovasi rumahnya oleh itu beliau telah
menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi dan kemewahan dan oleh itu
beliau yang mengarahkan SRC untuk memasukkan duit tersebut ke akaunnya untuk
tujuan ini.
Ini adalah satu lagi teori berdasarkan tanggapan lemah tanpa
bukti daripada pihak pendakwaraya.
Faktanya: kerja-kerja “renovasi” kediaman Dato’ Seri Najib
tersebut sebenarnya adalah untuk penambahan pondok polis untuk keselamatan
beliau sebagai Perdana Menteri dan juga untuk membaiki dan menambah kapasiti
tangki air kediaman beliau supaya ianya boleh menampung majlis keramaian rakyat
yang kerap diadakan di kediaman tersebut, bukan untuk bermewah-mewah.
Majlis ini termasuk jemputan kepada pelajar tahfiz dan
anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur yang kerap diadakan di kediaman beliau
di Langgak Duta.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
lebih banyak menginap di kediaman sendiri beliau di Langgak Duta dan tidak
banyak menggunakan kediaman rasmi di Seri Perdana.
Oleh itu banyak majlis-majlis bersama tetamu dan rakyat
diadakan di kediaman Langgak Duta dan bukan di Seri Perdana.
Seri Perdana adalah amat besar berbanding kediaman beliau
sendiri di Langgak Duta dan walaupun ditanggung kerajaan, kos penyelenggaraan
dan mengadakan majlis di Seri Perdana adalah jauh lebih tinggi.
Apabila beliau kerap menginap dan mengadakan majlis di
Langgak Duta, ianya sebenarnya adalah lebih menjimatkan kerajaan.
Saya telah banyak kali pergi ke rumah Dato’ Seri Najib di
Langgak Duta ini. Rumah ini memang rumah banglo, namun ia bukanlah rumah banglo
mewah seperti rumah agam Tun Mahathir di Cyberjaya dan Seri Kembangan, atau
rumah agam Tun Daim di Hulu Kelang atau rumah tersergam Mokhzani dan Mukhriz.
Ia adalah rumah banglo sederhana yang pada asalnya tidak pun
muat untuk menampung majlis yang besar.
Memang ada kerja-kerja renovasi, tetapi untuk menambah
pondok polis dan tangki air untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama
rakyat, bukan untuk tujuan kemewahan.
KEDUA, sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi
Barisan Nasional, semestinya Dato’ Seri Najib mempunyai akses kepada banyak
akaun untuk perbelanjaan politik dengan jumlah ratusan juta ringgit untuk
parti, NGO atau rakyat.
Namun demikian ini tidak bermakna beliau menguruskan
akaun-akaun ini sendiri. Adalah mustahil untuk seorang Perdana Menteri untuk
menguruskan akaun-akaun ini sendiri sambil pada masa yang sama menguruskan
negara setiap hari. Saya pasti Tun Mahathir pun tidak larat atau mampu untuk
menguruskan akaun-akaun beliau sendiri tanpa diketahui sesiapa.
Oleh itu untuk pihak pendakwaraya menganggap yang Dato’ Seri
Najib mengarahkan keluar masuk duit ini ke dalam akaun-akaun ini tanpa
pengetahuan orang lain adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Oleh yang demikian, sepatutnya pihak pendakwaraya memanggil
saksi kritikal kepada kes ini iaitu saksi yang boleh menyokong keterangan di
atas (iaitu Dato’ Seri Najib telah mengarahkan duit dimasukkan ke dalam akaun
beliau sebagai timbal balas), bukan saksi kontraktor yang menunjukkan mereka
telah membina tangki air dan pondok polis di rumah Dato’ Seri Najib menggunakan
duit dari akaun beliau.
Apabila pihak pendakwaraya gagal mengemukakan walau
seorangpun saksi kritikal di atas, besar kemungkinan yang teori pihak pendakwaraya
tersebut adalah tidak benar dan tanggapan mereka tersebut tidak berlaku.
Bayangkan sekiranya perkara ini yang sebenarnya berlaku:
Syarikat Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari memasukkan duit
ke dalam akaun Dato’ Seri Najib atas arahan orang lain atau atas agenda mereka
sendiri.
Dato’ Seri Najib tidak dirujuk ke atas perkara di atas dan
beliau tidak pernah memberi arahan supaya SRC memasukkan duit ke dalam akaun
beliau.
Dato’ Seri Najib menggunakan salah satu daripada akaun CSR
beliau daripada pelbagai sumber untuk menambah tangki air dan pondok polis di
rumah beliau untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat.
Akaun-akaun CSR ini tidak diuruskan oleh beliau tetapi oleh
orang lain.
Tiada perjanjian timbal-balas antara Dato’ Seri Najib dengan
syarikat SRC.
Adakah Dato’ Seri Najib bersalah ke atas hal ini?
Sekiranya beliau bersalah, maka ianya akan menjadi contoh
kes (precedent) yang amat tidak baik dan tidak adil dalam undang-undang negara.
Jika ini berlaku, bayangkan pula sekiranya perkara sebegini
terjadi kepada anda:
Pada suatu hari ada pihak memasukkan duit ke dalam akaun
anda tanpa merujuk kepada anda; seperti biasa anda telah menggunakan akaun anda
untuk membeli sesuatu; kemudian duit yang telah dimasukkan oleh pihak itu
dituduh dari sumber yang haram; tiba-tiba anda dituduh dan didapati bersalah
kerana menggunakan duit haram dan disumbat ke dalam penjara. Bagaimana anda
rasa?
Teori Peguam Negara dan pihak pendakwaraya di atas mungkin
sama umpama cerita kereta terbang kerajaan PH atau minum sawit awet muda, besar
kemungkinan ianya adalah fiksyen.
Mungkin bagi mereka, benda boleh reka tuduh, buat apa cari
bukti.
*Isham Jalil adalah bekas pegawai khas Datuk Seri Najib
Razak.
Isham: Rumah Najib bukan seperti Tun Mahathir, Daim dan anak-anak
Reviewed by Faceless
on
17:04
Rating:

Alasan ko dalam percubaan mensucikan boss ko tu cukup lemah longlai. Cuba ko tanya lebai lebai hamPAS termasuk Hadi Gila tentu dia orang pun akan tersengih sending mendengar semua alasan ko mempertahankan Najib.
ReplyDelete