Permodalan Nasional Bhd (PNB) membayar pulangan dividen
terkumpul berjumlah RM187.1 bilion kepada pemegang unitnya sejak ditubuhkan 40
tahun lepas, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam perutusan khas yang disiarkan menerusi rakaman video
pada pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di Sungai Petani hari
ini, Dr Mahathir berkata PNB berjaya mengumpul dan mengembangkan asetnya
sehingga mencecah RM298.5 bilion dengan jumlah 13.8 juta pemegang akaun yang
membawa nilai aset sebanyak RM236.6 bilion.
Loading...
Beliau turut memuji rekod prestasi kukuh PNB yang memberikan
dividen kompetitif dan beterusan kepada pemegang unit menerusi pembayaran
dividen terkumpul berjumlah RM187.1 bilion.
“Pencapaian ini merupakan bukti tadbir urus yang kukuh dan
keprofesionalan kepimpinan semasa dan terdahulu PNB dalam menggerakkan kekayaan
pemegang unitnya.
“Pemeliharaan nilai-nilai seperti integriti dan amanah oleh
PNB telah membolehkannya terhindar daripada masalah tadbir urus yang berlaku di
institusi lain beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
Perdana Menteri juga yakin PNB akan terus mengamalkan
nilai-nilai tersebut dalam perjalanannya untuk memenuhi mandat meningkatkan
kekayaan Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia. - Bernama
PNB bayar dividen RM187.1 bilion hingga kini - PM
Reviewed by Faceless
on
17:08
Rating:

No comments: