Beberapa permintaan yang dibuat oleh Tengku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat
Menteri Belia dan Sukan itu berasa 'kurang selesa'.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Muar itu
pada sidang media sempena Setahun Pakatan Harapan (PH) di kementeriannya, hari
ini.
Loading...
Antara permintaan tersebut, menurut Syed Saddiq, adalah
Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ mengarahkan membatalkan perlawanan
antara lagenda tinju Filipina Manny Pacquiao menentang juara bertahan
welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse, pada saat-saat
akhir, lapor Astro Awani.
Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, pada
Julai tahun lalu.
"Permintaan ini membuat saya tidak selesa tetapi saya
terpaksa sampaikan keputusan yang saya tak dapat tunaikan, saya perlu berpegang
dengan prinsip saya.
"Ada tuntutan dan perintah khusus untuk (perlawanan)
dibatalkan. Tanya penganjur. Tanya Pacquiao sendiri. Boleh juga tanya Datuk
Zaitun Othman," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
hubungannya dengan TMJ selepas Tunku Ismail dilihat antara pihak yang lantang
mengkritik Syed Saddiq.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, pembatalan perlawanan
tersebut boleh menyebabkan krisis diplomatik dengan Filipina.
"Permintaan untuk pembatalan minit terakhir akan
mendatangkan isu diplomatik kerana enam menteri termasuk Presiden Filipina juga
datang (untuk menyaksikan perlawanan).
"Puluhan juta dolar dalam pelaburan akan rugi kerana ia
disiarkan kepada lebih 100 saluran langsung di seluruh dunia," katanya.
Katanya, beliau bersama Zaitun, yang merupakan Pesuruhjaya
Sukan, turut mengadap TMJ bagi menjelaskan mengapa mereka tidak dapat
membatalkan perlawanan itu.
"Zaiton dan saya pergi berjumpa dengannya. Kita perlu
bersikap sopan dan jelaskan pada beliau," tambahnya.
Syed Saddiq dedah permintaan TMJ membuat beliau 'kurang selesa'
Reviewed by Faceless
on
16:46
Rating:

No comments: