Ahli perniagaan Jho Low membidas kerajaan Malaysia berhubung
penjualan kapal layar mewah Equanimity pada harga yang digambarkannya sebagai
murah.
"Penjualan kapal layar itu merupakan babak akhir dalam
satu lagi kisah rejim Dr Mahathir Mohamad yang tidak berkebolehan dan
mengabaikan kedaulatan undang-undang," kata Jho Low melalui jurucakapnya
dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan guamannya hari ini.
Loading...
Menurut Jho Low, Equanimity, yang didakwa dibeli menggunakan
wang yang diseleweng dari 1MDB, akan mampu mengekalkan nilainya dan tidakp
perlu dilelong jika kerajaan tidak menyita "secara haram" dari
kerajaan Indonesia dan meletakkannya di Pelabuhan Klang yang menurutnya
mempunyai persekitaran yang tidak selamat.
Kapal layar itu kemudian ditawarkan untuk dilabuhkan di
Langkawi.
"Hasil dari jualan kapal layar itu akan lebih terjejas
oleh perbelanjaan penyelenggaraannya - yang dilaporkan AS$3.5 juta (RM14.3
juta).
"Kerajaan Mahathir mengambil masa dua kali lebih lama
berbanding yang dijanjikan untuk menjual kapal layar itu, bidaan tidak berjaya
dan proses penjualan 'telus' kerajaan Mahathir menyaksikan perubahan tiba-tiba.
"Kerajaan Mahathir sudah menunjukkan mereka bersedia
untuk tidak menghiraukan nilai Equanimity dalam serangan terburu-buru ke atas
seteru politik mereka," kata Jho Low lagi.
Ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu juga berkata,
perkara sama turut dapat dilihat dalam prestasi PH dalam pilihan raya kecil
(PRK) baru-baru ini.
"Seperti yang kami sudah katakan dari awal, ini
merupakan aksi PR (hubungan awam) yang gagal, yang dengan angkuh mengabaikan
keputusan mahkamah di Indonesia dan mewujudkan prosiding undang-undang di
AS," katanya.
Awal hari ini, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan bahawa
Equanimity dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga AS$126 juta (RM514.6
juta).
Jelas Thomas, tawaran Genting merupakan yang tertinggi sejak
kapal layar itu mula dibuka untuk jualan lima bulan lalu dan menggambarkan
penjualan itu sebagai "sangat memuaskan".
Peguam negara itu juga mendedahkan bahawa tiada komisen yang
dibayar untuk transaksi, kerana tawaran Genting dirunding secara terus dengan
kerajaan, dan bukannya melalui agen. Langkah itu, menurut Thomas, membolehkan
penjimatan kira-kira AS$4.4 juta. - Malaysiakini
Jho Low sindir PH 'jual murah' Equanimity
Reviewed by Faceless
on
17:31
Rating:
No comments: