Peguam Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi di
sini untuk menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International
Sdn Bhd.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mohd
Nazlan Mohd Ghazali yang pihaknya sudah memfailkan notis usul penangguhan
tersebut, lapor BH Online.
Loading...
Namun, peguam negara Tommy Thomas berkata pihak pembelaan
berbuat demikian pada saat akhir sebagai usaha untuk melengahkan perbicaraan.
Mohd Nazlan kemudian menetapkan tarikh lain untuk mendengar
usul berkenaan dan beliau mengarahkan supaya perbicaraan kes penyelewengan dana
SRC International dimulakan hari ini. - Projek MM
Peguam Najib fail notis tangguh bicara, hakim arah teruskan bicara
Reviewed by Faceless
on
02:01
Rating:
No comments: