Seorang penyokong bekas perdana menteri Najib Razak membuat
kecoh di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah di Kuala Lumpuri selepas
tidak dibenarkan masuk bagi mengikuti prosiding hari pertama bagi kes
penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Penyokong itu yang merupakan bekas anggota Parlimen Padang
Serai N Gobalakrishnan yang jelas marah kemudian ditenangkan oleh anggota polis
bertugas dan penyokong lain.
Loading...
Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan arahan
daripada pihak mahkamah itu berkata dalam nada yang kuat bahawa mahkamah itu
adalah mahkamah rimba dan bukannya mahkamah rakyat kerana tidak membenarkan
penyokong masuk mengikuti prosiding berkenaan.
Selepas ditenangkan, beliau berundur dan meninggalkan ruang
legar di hadapan bilik bicara.
Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan Najib, 66, yang
didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa
membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos 2018, Najib, yang juga anggota Parlimen Pekan
didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram
membabitkan jumlah sama daripada dana serupa. - Bernama
Penyokong Najib tidak puas hati, buat kecoh
Reviewed by Faceless
on
01:56
Rating:
No comments: