Kapal Equanimity dijual kepada Genting RM514 juta


Kapal layar mewah Equanimity dijual kepada syarikat tujuan khas (SPV) Genting Malaysia Bhd pada harga AS$126 juta (RM514 juta), kata peguam negara.

Mengumumkan demikian, Tommy Thomas berkata Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberi kelulusan tawaran syarikat tersebut dengan wang jualan diterima hujung April, lapor Projek MM.

Loading...
“Jumlah AS$126 juta ialah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan sejak Oktober 2018 apabila Equanimity mula-mula sekali diumumkan untuk dijual,” katanya.

“Banyak tawaran yang diterima dalam tempoh tersebut dan hanya sebilangan kecil saja melebihi AS$100 juta (RM408 juta),” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Mengulas tawaran Genting, Tommy berkata jualan itu dibuat secara rundingan terus tanpa ada komisen ejen sekaligus memberi penjimatan AS$4.4 juta (RM179 juta).


“Meskipun nilai harga pasaran Equanimity berdasarkan penilaian Winterbotham AS$130 juta (RM530 juta) tidak dicapai tetapi pulangan bersih kepada kerajaan adalah yang terbaik,” katanya.
Kapal Equanimity dijual kepada Genting RM514 juta Kapal Equanimity dijual kepada Genting RM514 juta Reviewed by Faceless on 00:04 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.