IPOH — Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu menyifatkan rakaman audio yang dikatakan berhubung komplot menjatuhkan
beliau adalah satu perkara yang belum dibuktikan kesahihannya.
Katanya mengambil kira kecanggihan teknologi sekarang,
segala kemungkinan boleh berlaku.
Loading...
“Dalam dunia sekarang ini macam-macam boleh berlaku, mungkin
audio itu palsu, mungkin benar.
“Perkara itu (audio) belum dibuktikan ,” katanya kepada
pemberita, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata desas-desus usaha
menjatuhkan beliau juga bukanlah suatu yang menghairankan.
“Banyak pihak cuba menjatuhkan saya sejak hari pertama lagi
(menjadi menteri besar), tapi saya masih lagi menteri besar,” katanya, menambah
pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.
Semalam, rakaman audio berdurasi empat minit 22 saat itu
tular menerusi media sosial.
Rakaman audio itu dikatakan suara seorang anggota Dewan
Undangan Negeri malah ada yang mengaitkannya dengan Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak Dr Abdul Aziz Bari.
Bagaimanapun Abdul Aziz dilapor menafikan perkara berkenaan.
— Bernama
‘Mungkin benar’, audio tular belum sahih, kata MB Perak
Reviewed by Faceless
on
02:03
Rating:

No comments: