Foto Sinar Harian
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa agar tindakan
sewajarnya diambil ke atas Isham Abdul Jalil yang memuat naik rakaman prosiding
perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak di Facebook.
Mohamed Haniff dipetik Sinar Harian menyifatkan tindakan
bekas pegawai khas Najib Razak itu sebagai salah di sisi undang-undang serta
menghina mahkamah.
Loading...
“Laporan polis perlu dibuat dan salinan laporan perlu
diserahkan kepada Pendaftar Mahkamah supaya tindakan seterusnya diambil,”
katanya dipetik sebagai berkata.
Klip rakaman selama dua minit 12 saat yang tertera tarikh 18
April 2019 itu menunjukkan peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah menyoal
saksi dalam kes tersebut.
Perbicaraan hari kelima
Najib atas tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil
aktiviti haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International
Sdn. Bhd.
Tindakan bekas Pengawai Khas Najib muat naik prosiding bicara di FB dianggap hina mahkamah
Reviewed by Faceless
on
01:57
Rating:

No comments: