Foto The Star
KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat transaksi
kemasukan wang berjumlah RM14.5 juta ke akaun AmPrivate Banking-Y1MY milik
bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak antara Julai 2014 dan 11 Feb
2015.
Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 40,
ketika membacakan penyataan saksinya berkata wang berkenaan dimasukkan ke dalam
akaun AmBank (AmPrivate Banking-Y1MY) bernombor 211-202-2011898 milik Najib.
Loading...
“Saya mengesahkan sejumlah RM10 juta dimasukkan ke dalam
akaun itu pada 8 Julai 2014, RM1 juta dimasukkan pada 23 Julai 2014 dan RM3.5
juta dimasukkan pada 11 Feb 2015,” katanya ketika diminta membuat pengesahan ke
atas Penyata Akaun Ambank itu yang dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk
Suhaimi Ibrahim.
Semalam Uma Devi mendedahkan sebanyak RM64 juta dimasukkan ke dalam akaun AmPrivate
Banking-1MY milik Najib bernombor 211-202-201188-0 antara 8 Julai 2014 dan 10 Feb 2015.
Uma Devi, yang berkhidmat dengan Ambank sejak 5 Mac 2012,
turut mengesahkan borang pembukaan akaun bagi akaun berkenaan atas nama Datuk
Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak yang dibuka pada 31 Julai 2013 dan nama
pemilik akaun diletak sebagai AmPrivate Banking-Y1MY sebagai nama utama dan
diikuti oleh nama Datuk Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak.
Saksi ke-21 pendakwaan itu yang menyambung keterangannya
hari ini terdapat juga surat arahan oleh Nik Faisal Ariff Kamil bertarikh 23
Jun 2014 bertajuk ‘Transfer Instruction’ dan mengesahkan bahawa itu adalah
surat arahan kepada AmBank untuk memindahkan RM3 juta daripada akaun AmBank
bernombor 211-202-201188-0 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib.
“Surat arahan ini turut mengarahkan AmBank untuk memasukkan
RM1 juta daripada RM3 juta itu ke dalam akaun 211-202-2011898 dan baki RM2 juta
dimasukkan ke akaun 211-202-201190-6 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY),” katanya
pada hari kesembilan perbicaraan kes
Najib, berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Uma Devi berkata terdapat juga surat arahan oleh Nik Faisal
Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif
SRC International Sdn Bhd) bertarikh 8 Julai 2014 untuk memindahkan RM20
juta daripada akaun AmBank 211-202-201188-0 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY)
milik Najib.
“Surat arahan itu turut mengarahkan AmBank untuk memasukkan
RM10 juta daripada RM20 juta itu ke akaun Ambank bernombor 211-202-2011898
(AmPrivate Banking-Y1MY),” katanya.
Saksi itu berkata terdapat transaksi pemindahan keluar wang
daripada akaun Ambank bernombor 211-202-2011898 (AmPrivate Banking-Y1MY) milik
Najib antara Ogos 2014 dan 11 Feb 2015.
“Saya mengesahkan RM10 juta dipindah keluar pada 21 Ogos
2014, RM1 juta dipindah keluar pada 28 Ogos 2014 dan RM3,496,500.00 dipindah
keluar pada 11 Feb 2015,” katanya. — Bernama
Pengurus Ambank akui masukkan RM14.5 juta ke akaun peribadi Najib
Reviewed by Faceless
on
23:12
Rating:

No comments: