Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai salah
seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah berita
antarabangsa, Time Magazine.
Dr Mahathir tersenarai bersama beberapa nama besar lain
daripada pelbagai bidang dalam senarai tahunan yang dikeluarkan semalam oleh
majalah tersebut.
Loading...
Bagi kategori pemimpin paling berpengaruh, Mahathir turut
disenaraikan bersama antaranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump,
Presiden China Xi Jinping, PM New Zealand, Jacinda Adern, bekas wanita pertama
AS, Michelle Obama, Speaker AS, Nancy Pelosi.
Dalam profail yang ditulis oleh pengasas Sarawak Reports,
Clare Rewcastle Brown, Mahathir disifatkan sebagai ‘kuda perang gagah’ yang
berjaya menghimpun perhatian orang ramai dalam kempen sengit Pilihan Raya Umum
(PRU) ke-14 yang lalu.
Brown mengimbas kemenangan Mahathir dalam PRU-14 setelah
membuat kemunculan semula untuk berhadapan dengan bekas perdana menteri Najib
Razak yang dituduh dengan penyelewengan benrilai berjuta ringgit daripada 1MDB.
“Untuk berjuang, anda tak semestinya muda.
“[...] Kini, pada usia 93 tahun, Mahathir komited untuk
menyerahkan pemerintahan kepada bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, 71,
yang dibebaskan dari penjara beberapa hari selepas kemenangan bersejarahnya.
“Buat Malaysia, episod ini telah meletakkan demokrasi pada
tempat sepatutnya- yang hampir kecundang dalam amalan totalitarianisme,”
katanya lagi.
Brown merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan
skandal 1MDB.
Senarai Time 100 merupakan senarai tahunan yang dibuat
berdasarkan undian pembaca Time Magazine beberapa sebelum senarai itu
dikeluarkan.
Undian bagi Time 100 bagi tahun 2019 yang diumumkan semalam
itu, bermula sejak 27 Mac dan ditutup pada kelmarin. - Malaysiakini
Time 2019: Dr Mahathir antara 100 individu paling berpengaruh di dunia
Reviewed by Faceless
on
19:19
Rating:

No comments: