Foto Bernama
Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan
khusus untuk mendapatkan dokumen berkaitan transaksi enam akaun bank milik
bekas perdana menteri Najib Razak, SRC International Sdn Bhd dan beberapa
syarikat lain.
Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41, berkata beliau memperoleh
dokumen berkaitan transaksi itu daripada Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja
Chulan, R Uma Devi, ketika melakukan serbuan di premis tersebut pada 6 Julai
2015.
Loading...
Ketika ditanya adakah beliau sendiri yang meminta maklumat
terperinci tersebut daripada Uma Devi, saksi kedua pendakwaan itu menjawab
“tidak”.
"Ketika serbuan, saya hanya meminta kesemua fail
berkaitan siasatan dan diberikan lapan fail dokumen namun Uma Devi sendiri
memberikan dokumen transaksi enam akaun secara terperinci pada kira-kira pukul
9.50 malam iaitu 10 jam selepas serbuan selesai.
"Saya berada di bank berkenaan sampai pukul 11 malam
kerana menunggu satu lagi pasukan selesai membuat serbuan di bangunan
itu," katanya ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang
mewakili Najib.
Saksi itu turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak
menerima arahan untuk mendapatkan dokumen transaksi khusus lain atas nama
Najib, SRC International Sdn Bhd dan beberapa syarikat lagi.
Harvinderjit: Dia berikan awak dokumen transaksi khusus yang
awak tidak minta?
Azizul Adzani: Ya
Harvinderjit: Adakah kamu mendapat arahan untuk mendapatkan
dokumen transaksi syarikat SRC International Sdn Bhd atau Gandingan Mentari dan
Ehsan Perdana Sdn Bhd?
Azizul Adzani: Tidak
Harvinderjit: Adakah kamu menerima arahan untuk mendapatkan
dokumen transaksi syarikat SRC International Sdn Bhd dengan akaun Najib?
Saksi menjawab "tidak."
Harvinderjit: Semestinya kamu ada maklum kepada Uma Devi
untuk mendapatkan dokumen transaksi spesifik?
Azizul Adzani: Tidak
Saksi itu berkata beliau hanya memberitahu Uma Devi supaya
menyerahkan apa-apa dokumen berkaitan sekiranya ada, sebelum wanita tersebut
menyerahkan dokumen transaksi enam akaun bank berkenaan.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu
pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram
membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Anggota Parlimen Pekan itu, yang juga Perdana Menteri
keenam, dituduh melakukan kesalahan-kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di
Jalan Raja Chulan dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos
2011 dan 10 Feb 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang
berlangsung.
- Bernama
Saksi: Tiada arahan khusus dapatkan enam transaksi akuan Najib
Reviewed by Faceless
on
02:52
Rating:

No comments: