Anak bekas perdana menteri Nooryana Najwa Najib mengkritik
langkah kerajaan menukar nama program pendidikan awal kanak-kanak Permata
kepada Genius.
Membela program diilhamkan ibunya Rosmah Mansor itu,
Nooryana berkata nama baru itu gagal menangkap inti pati Permata yang
berteraskan kepercayaan bahawa“setiap anak adalah permata”.
Loading...
“Secara jujur, (nama) Genius menghina banyak pihak
berkepentingan,” kata Nooryana yang menggunakan nama Yana Najib di media sosial
Instagram.
Menurut portal malaysiakini lagi, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam mengumumkan
penjenamaan semula Permata dengan beberapa programnya akan dipertingkatkan dari
segi kualiti.
Sementara itu, Nooryana berkata Permata bukan hanya terlibat
dengan kanak-kanak pintar tetapi juga yang mengalami masalah pembelajaran
(Permata Kurnia) serta Perkasa Remaja.
Tukar nama program Permata, anak Rosmah kritik k'jaan
Reviewed by Faceless
on
02:39
Rating:

No comments: