Najib dilihat pegang kamera, ambil gambar prosiding perbicaraan kes dalam kandang tertuduh


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mengambil gambar prosiding mahkamah semasa perbicaraan kesnya sedang berlangsung di sini hari ini.

Najib dilihat berbuat demikian ketika saksi pendakwaan ke-31 sudah berada di kandang saksi dan bersedia untuk memberikan keterangan pada hari ke-16 perbicaraan kes itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Loading...
Semasa mengambil gambar prosiding itu, peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang memaklumkan sesuatu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Najib yang berada di kandang tertuduh dilihat 'zoom in' kamera telefon bimbitnya dan mengambil keseluruhan gambar suasana prosiding, lapor portal Kosmo Online.

Mengikut etika mahkamah terbuka sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan termasuk telefon bimbit dan alat-alat elektronik lain yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan.

Pada April lalu, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) prosiding perbicaraan Najib dimuat naik menerusi laman sosial Facebook.



Rakaman berkenaan dimuat naik menerusi akaun bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil, dan ditonton sebanyak 189,000 kali serta mendapat lebih 1,700 komen selain dikongsi oleh 3,200 akaun.

Rakaman selama dua minit 12 saat yang turut diberi tajuk ‘Hari kelima perbicaraan Datuk Seri Najib’ itu menunjukkan peguam bela Najib, Muhammad Shafee, menyoal saksi dalam kes itu.

Ahli Jawatankuasa Biro Perundangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Katanya, tindakan merakam serta mengeluarkan komen semasa perbicaraan sedang berlangsung adalah jelas bertentangan dengan sistem perundangan serta menghina mahkamah.
Najib dilihat pegang kamera, ambil gambar prosiding perbicaraan kes dalam kandang tertuduh Najib dilihat pegang kamera, ambil gambar prosiding perbicaraan kes dalam kandang tertuduh Reviewed by Faceless on 22:40 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.