Setahun berlalu, Najib imbas kembali insiden rumah diserbu polis


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengimbas kembali insiden kediamannya digeledah polis pada hari pertama Ramadan.

Najib berkata insiden itu bermulanya petanda kerajaan Pakatan Harapan (PH) “tiada nilai kemanusiaan”.
Loading...

“Setahun yang lalu, hari pertama Ramadan. Berlarutan hingga sahur mereka ganggu di rumah saya. Di rumah bonda juga.

“Detik bermulanya petanda bahawa tiada nilai kemanusiaan kerajaan PH hari ini,” catatnya di Facebook, lapor Projek MM.

Polis pada 17 Mei tahun lalu menyerbu kediaman Najib di Jalan Langgak Duta dan merampas beberapa barang untuk siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Serbuan dibuat selepas Najib menunaikan solat sunat terawih di Masjid Kampung Baru, di sini.


Polis turut menggeledah kediaman keluarganya di Pavilion Residences dan rumah ibunya di Jalan Eaton di sini.

Bekas presiden Umno berkata sejak itu kerajaan PH “tidak berhenti mencari jalan menghapuskannya”.

Namun katanya tidak mudah menjatuhkannya dan akan terus berjuang untuk rakyat walaupun ditekan hebat.

“Tidak semudah itu. Rakyat boleh buat pertimbangan membaca Facebook dan media sosial saya yang lain.

“Saya balas dengan fakta dan pengalaman. Saya menyoal kerajaan hari ini sampai ada yang membisu tidak berani membalas,” catatnya lagi.
Setahun berlalu, Najib imbas kembali insiden rumah diserbu polis Setahun berlalu, Najib imbas kembali insiden rumah diserbu polis Reviewed by Faceless on 22:36 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.