Dituduh terlibat hasil video seks babitkan Azmin, Lokman sanggup jalani ujian poligraf


Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam berkata beliau sanggup mengambil ujian alat pengesan bohong bagi membuktikan dirinya tidak terlibat di dalam pembikinan video seks yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Saya ingin menyatakan kesediaan saya menjalani ujian poligraf ini untuk membuktikan bahawa saya hanyalah salah seorang penerima video tersebut melalui sebuah Whatsapp group bernama "Jemputan Raya Azmin" pada jam 1.19 pagi 11hb Jun, 2019 lalu.

Loading...
"Saya tidak terlibat untuk memerangkap Azmin, memasang kamera atau mengetahui sebarang usaha untuk menghasilkan video tersebut," katanya yang membaca cadangan tersebut di sebuah portal berita dan berpendapat ia saranan yang baik.

Lokman antara pemimpin terawal yang mengeluarkan kenyataan mengenai video itu dan telah membuat laporan polis.

Tindakan pantas Lokman menyebabkan Adun Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri mempersoalkan sekiranya pemimpin Umno itu memiliki sebarang peranan dalam skandal video seks tersebut.


“Sebab kita lihat respon paling cepat dari Lokman Adam, dirancang dengan rapi, eh cepat betul (Lokman respon), bila kau tidur sebab benda tu masuk (video tersebar) jam satu pagi (11 Mei),” katanya.

Mengulas kenyataan Azmizam itu, Lokman mengakui yang dia memang tidak dapat tidur semalaman memikirkan hal video tersebut.

"Ya, memang saya tidak tidur selepas (menerima video seks) itu kerana saya terus menulis kenyataan media dan draf laporan SPRM serta laporan polis itu sendiri.

"Bagaimana saya boleh tidur dalam keadaan, lelaki di dalam video itu dikatakan mahu diangkat oleh Dr Mahathir menjadi perdana menteri menggantikan beliau," katanya.

Pada dini hari 11 Jun lalu, beberapa klip video seks sejenis yang memaparkan dua lelaki melakukan aksi intim dihantar kepada wartawan dan penyokong PKR.

Keesokan harinya, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz tampil dan mendakwa bahawa dia adalah salah seorang daripada dua orang lelaki dalam video itu.

Dia juga mendakwa Azmin sebagai teman seranjangnya dalam video itu.

Azmin walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dan berkata ia adalah komplot jahat yang bertujuan untuk membunuh kerjaya politiknya. - Malaysiakini
Dituduh terlibat hasil video seks babitkan Azmin, Lokman sanggup jalani ujian poligraf Dituduh terlibat hasil video seks babitkan Azmin, Lokman sanggup jalani ujian poligraf Reviewed by Faceless on 17:43 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.