Seorang bekas ahli bank memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala
Lumpur yang mendengar perbicaraan kes Najib Razak membabitkan dana SRC
International Sdn Bhd bahawa RM606.51 juta didepositkan dan dibelanjakan oleh
bekas perdana menteri itu melibatkan tiga bank akaunnya dalam tempoh tiga
tahun.
Bekas pengurus perhubungan di AmBank Joanna Yu Ging Ping,
48, berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya V
Sithambaran berhubung jumlah wang yang digunakan oleh tertuduh antara 2013 dan
2015.
Loading...
Menurut dokumen bank yang dikemukakan di mahkamah, jumlah
tepat yang dikreditkan ke dalam itu adalah RM606,510,434.66.
Tiga akaun semasa itu adalah akaun Ambank dengan nombor
2112022011-898, 2112022011-906 dan 2112022011-880.
Sithambaram: Berdasarkan jumlah ini, jumlah keseluruhan dalam
ketiga-tiga akaun ini, iaitu kredit dan debit, adalah RM606,510,434.66. Yu
menjawab "Ya".
Berdasarkan penyata bank yang dikemukakan di mahkamah,
pecahan jumlah amaun yang dikredit adalah RM109,344,315.26 juta (akaun-898);
RM205,200,913.36 juta (akaun-906); dan RM292,365,208.07 juta (akaun-880).
Ketika ditanya sama ada pemegang akaun berkenaan tahu
tentang jumlah transaksi membabitkan akaun itu berdasarkan perspektif beliau
dan penyata bank, Yu menjawab "Ya".
Mahkamah turut diberitahu Najib menerima sejumlah
RM212,367,697.57 wang asing dalam tempoh sama.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu
pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram
membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali
bersambung.
- Bernama
Najib belanja RM606.51j dalam tempoh 3 tahun, kata saksi
Reviewed by Faceless
on
00:52
Rating:
No comments: