Kementerian Industri Utama dalam satu kenyataan memaklumkan
telah menamatkan perkhidmatan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai Setiausaha
Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md
Akin.
Kementerian Industri Utama berkata penamatan khidmat itu
berkuat kuasa pada 18 Jun 2019.
Loading...
“Satu pengakuan yang tidak beretika di dalam media sosial
telah dibuat menerusi klip video oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang merupakan
SUSK kepada Timbalan Menteri Industri Utama pada 12 Jun 2019.
Haziq yang mengaku terlibat dalam video aksi seks telah
diberi surat tunjuk sebab dan Haziq mesti menjawapnya dalam tempoh tiga hari
bermula 12 Jun lalu
“Pihak kementerian memandang perkara tersebut sebagai satu
pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat
kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.” memetik kenyataan
tersebut.
Kementerian sebelum itu telah mengeluarkan surat tunjuk
sebab kepada Haziq pada 12 Jun lalu selepas dia memuat naik video pengakuan
bersumpah terlibat dalam aksi seks tersebut.
“Surat tunjuk sebab telah diberikan dengan serta-merta dan
Haziq Abdullah telah menjawab. Sehubungan itu, kementerian telah mengambil
langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun 2019,”
katanya.
Haziq dikatakan telah menjawab surat itu dua hari kemudian.
Mengulas lanjut, Kementerian Industri Utama berkata dengan
penamatan kontrak Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu, ia bermakna
kementerian tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Haziq Abdullah.
“Dengan penamatan ini, pihak Kementerian tidak lagi
mempunyai apa-apa kaitan Haziq Abdullah,”
“Kementerian tidak akan bertolak ansur dalam sebarang soal
perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej kementerian,”.
Haziq Abdullah, 27, sebelum itu telah membuat pengakuan
bersumpah bahawa dia merupakan salah seorang lelaki dalam video seks mirip
seorang menteri kanan yang didakwa sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya
tuduhan itu dan menganggap ia adalah komplot jahat yang berniat untuk
menjatuhkan karier politiknya. – Malaysian Update
Kementerian industri utama tamatkan perkhidmatan Haziq
Reviewed by Faceless
on
18:56
Rating:
No comments: