Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - Foto The Straits Times
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini
menempelak kenyataan Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang
mengesyorkan agar Perdana Menteri mengambil langkah berundur.
Azmin berkata sebagai seorang anggota Parlimen PKR, Hassan
tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur desakan terhadap Tun Dr
Mahathir Mohamad sebaliknya menumpukan kepada agenda pembangunan di kawasan
masing-masing.
Loading...
Barisan kepimpinan PKR telah menyatakan pendirian teguh dan
sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk meneruskan kepimpinan beliau sebagai
Perdana Menteri, katanya.
“Soal Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri itu telah
ditentukan oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.
“Alhamdulillah, setahun kepimpinan Dr Mahathir, kita telah
meletakkan asas yang betul. Saya percaya sekarang ini adalah untuk pelaksanaan
dasar-dasar yang telah ditetapkan,” katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian selepas menyertai larian
World Stats Congress 2019 di Dataran Merdeka bagi kategori 5 kilometer di Kuala
Lumpur hari ini.
Hassan Rabu lepas membuat desakan itu rentetan pelbagai
polemik yang ketika ini.
Hassan mendakwa, Dr Mahathir kini seolah hilang punca untuk
berdepan dengan pelbagai isu terutamanya untuk mengendalikan isu tiga R iaitu
isu kaum, agama dan raja.
Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi
melepaskan lebih 7,000 peserta larian sempena Kongres Statistik Sedunia,
Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC 2019) ke-62 yang diadakan buat julung
kalinya di Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula hari ini
sehingga 23 Ogos.
- Bernama
Azmin tempelak MP Pasir Gudang susulan desak PM undur
Reviewed by Faceless
on
19:58
Rating:
No comments: