Seorang pengusaha gerai makan di Temerloh, Pahang didakwa di
Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini kerana menipu dengan menyamar sebagai
penyelia proses pencairan dan pembekuan aset Istana Negeri Sarawak sehingga
mendorong seorang wanita berusia 41 tahun membayar RM100,000 kepadanya.
Mohd Salimie Baharudin, 26 mengaku tidak bersalah dengan
curangnya memperdaya mangsa di lokasi di No 2, Jalan P10B/11, Presint 10 di
sini pada 1 Ogos lalu dengan menjanjikan imbuhan tiga kali ganda berbanding
jumlah wang RM100,000 yang diserahkan kepadanya dalam beberapa akaun secara
berperingkat.
Loading...
Dia menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih
dari 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.
Majistret Shah Wira Abdul Halim menetapkan jaminan sebanyak
RM10,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan
kepada mahkamah. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Sept depan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya
Zulaaikha Mohd Apandi manakala tertuduh diwakili peguam Noor Svetlana Mohd Noor
Noordin.
Laporan media sebelum ini menyebut polis menahan seorang
lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai Setiausaha Sulit kepada Yang
di-Pertuan Agong dan Penasihat Istana Negara bergelar Datuk Seri untuk menipu
kononnya melepaskan aset Istana Sarawak bernilai RM1.8 juta.
Suspek memperdaya isteri seorang ahli perniagaan kononnya
aset itu terkandas di kastam dan memerlukan wang proses untuk menyelesaikan
masalah pembekuan aset dalam masa dua minggu. - Bernama
Lelaki menyamar penasihat Istana Negara didakwa menipu
Reviewed by Faceless
on
00:17
Rating:
No comments: