Petisyen menggesa kerajaan mengharamkan kumpulan pendesak
Cina, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong) yang dilancarkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) sudah memperoleh
lebih 100,000 tandatangan.
Petisyen yang dilancarkan sejak kelmarin menerusi laman web
change.org itu setakat ini sudah mendapat lebih 120,000 sokongan.
Loading...
Kempen yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia itu
dilancarkan selepas Dong Zong melancarkan petisyen membantah tulisan jawi di
sekolah vernakular.
Dong Zong sebelum ini berkata, pihaknya akan menggerakkan
kempen mengumpul tandatangan untuk menegaskan bantahan terhadap pembelajaran
tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Sementara itu, kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohmad yang
melabelkan Dong Zong sebagai rasis turut mendorong sayap pemuda parti itu
melancarkan petisyen bagi mendesak pertubuhan itu diharamkan, lapor Sinar Harian.
Petisyen yang dilancarkan itu setakat jam 8 pagi semalam
turut mengumpulkan lebih 46,495 sokongan dengan sasaran mendapat 100,000
sokongan.
Terdahulu, Dr Mahathir menyifatkan Dong Zong sebagai rasis
apabila sering membantah setiap dasar pendidikan negara termasuk usaha
memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat di sekolah.
Mempertahankan kenyataan itu sekali lagi semalam, Dr
Mahathir menyerahkan kepada polis untuk menentukan sama ada Dong Zong perlu
diharamkan atau tidak.
Perdana Menteri berkata, kumpulan itu menentang
undang-undang jika ia terus mendorong dan menghasut rakyat supaya bergaduh
antara satu sama lain.
"Kita ada kebebasan bersuara tetapi sentiasa bersikap
sensitif mengelak daripada menghasut rakyat pelbagai kaum untuk bergaduh antara
satu sama lain.
"Tapi Dong Zong hanya bercakap untuk satu kaum, dan
lupa bahawa ini adalah negara pelbagai kaum,” kata beliau bila ditanya mengenai
petisyen online, dilancarkan oleh sayap pemuda partinya yang mendesak kumpulan
pendidik Cina itu diharamkan.
Petisyen haramkan Dong Zong terima lebih 120,000 tandatangan
Reviewed by Faceless
on
19:34
Rating:
No comments: