Rakyat Malaysia perlu memahami peranan dan pengorbanan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepenuhnya dan berhati-hati dalam mengeluarkan
kenyataan berhubung pasukan keselamatan negara itu.
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong dalam kenyataan
di sini semalam berkata konsep kesiapsiagaan meletakkan ATM sebagai langkah
terakhir bagi mempertahankan negara perlu difahami masyarakat.
Loading...
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar
belakang keturunan serta kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera berusaha
bagi memahami peranan serta pengorbanan mereka,” katanya.
Liew turut menyatakan kekesalan berikutan tindakan
sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan peranan serta
pengorbanan angkatan tentera sebelum ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan seorang ahli perniagaan Koon
Yew Yin sebelum ini yang memberi cadangan kepada kerajaan agar tenaga anggota
tentera digunakan di sektor perladangan sebagai langkah mengimbangi sektor
perkhidmatan awam.
Menurut Liew penulisan ahli perniagaan itu yang dipetik
beberapa media itu amat dikesalkan. ― Bernama
Timbalan menteri kesal cadangan letak tentera kerja Felda
Reviewed by Faceless
on
19:40
Rating:
No comments: