‘Mahathir buat keputusan sepihak pada kekerapan membimbangkan’


Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mahu partinya, DAP mengkaji semula proses membuat keputusan pada Majlis Presiden Pakatan Harapan kerana menurutnya, buat masa ini, kuasa yang begitu luas terletak di tangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata pemimpin DAP itu, kuasa membuat keputusan perlu dikongsi bersama di kalangan parti komponen dalam PH.
Loading...

"Kita tidak boleh menyingkirkan bekas perdana menteri Najib Razak, hanya untuk menjadi seperti dirinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini ketika mengulas mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.

Menurut Santiago, isu-isu kontroversial dalam kerajaan yang melibatkan kaum dan agama harus dibincangkan oleh majlis presiden PH tetapi Dr Mahathir banyak membuat keputusan sepihak pada kekerapan yang membimbangkan.

"Mahathir membuat keputusan walaupun (dirinya) datang dari parti minoriti," katanya.

"Saya yakin bahawa Mahathir dan Menteri Pelajaran Maszlee Malik sedar mengenai sensitiviti berkaitan isu ini sebelum idea itu ditimbulkan.


"Dan mengapa ada yang mencurigai tindakan kerajaan? Kerajaan Pakatan Harapan (juga) melindungi pendakwah kontroversial Zakir Naik,"katanya.

Santiago seterusnya memberi contoh bagaimana kerajaan menarik balik ratifikasi dua konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), iaitu Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom. 

‘Mahathir buat keputusan sepihak pada kekerapan membimbangkan’ ‘Mahathir buat keputusan sepihak pada kekerapan membimbangkan’ Reviewed by Faceless on 01:06 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.