TANJUNG MALIM — Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di
Jalan Haji Mustafa Raja Kamala di sini diletupkan sebelum wang tunai
dianggarkan kira-kira RM300,000 dilarikan sekumpulan perompak.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof
ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian berkata insiden itu berlaku
kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
Loading...
Katanya hasil siasatan awal mendapati pihak bank berkenaan
telah memasukkan wang tunai sebanyak RM300,000 ke dalam mesin ATM tersebut pada
petang semalam.
“Tiga buah mesin ATM rosak dipercayai telah diletupkan
dengan cermin berhampiran mesin itu turut pecah yang mana banyak kaca
bertaburan di kaki lima bank tersebut.
“Terdapat kesan cecair bahan kimia di dalam kawasan parkir
dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM bank itu dan kita menemui tiga
kesan tompokan darah dipercayai kesan kecederaan suspek ketika cuba melarikan
wang dari bank itu,” katanya.
Wan Kamarul Azran berkata bagaimanapun jumlah kerugian
sebenar belum dapat dipastikan dan pihaknya sedang menunggu Unit Forensik dari
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ipoh untuk membantu siasatan kes rompakan ini,”
katanya. — Bernama
Tiga mesin ATM diletup, wang tunai RM300,000 dilarikan perompak
Reviewed by Faceless
on
01:26
Rating:
No comments: