Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan wang berjumlah
RM428,500 yang disita daripada Akademi Pemuda dikatakan berkaitan dengan
skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilucut hak
kepada kerajaan Malaysia.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh
memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman
memaklumkan reponden (Akademi Pemuda) tidak membantah terhadap permohonan
Pendakwa Raya untuk melucutkan hak harta itu.
Loading...
Dalam prosiding hari ini, Akademi Pemuda tidak diwakili
peguam dan wakilnya juga tiada di mahkamah.
Permohonan melucut hak itu dibuat Pendakwa Raya mengikut
Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya
baru-baru ini berkata, permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41
responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai
kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA)
yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank
bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama
Skandal 1MDB: Wang RM428,500 daripada Akademi Pemuda dilucut hak
Reviewed by Faceless
on
17:05
Rating:
No comments: