[Video] Agong, menteri PH sepentas dalam lagu ‘Setia’ sempena 62 tahun merdeka


Buat pertama kali dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong menyertai pemimpin negara menyanyikan lagu patriotik Setia sempena Hari Kemerdekaan ke-62.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta jemaah menteri menyanyi bersama dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.

Loading...


Klip video berdurasi 3 minit 32 saat itu turut memaparkan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, pencapaian negara dan pemimpin turun padang menyantuni rakyat, lapor Projek MM.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Dr Mahathir bin Mohamad mendapat tontonan lebih 100,000 dan hampir 8,000 tanda “suka”.

“Bangga menjadi anak Malaysia. Saya harap negara kita akan makmur dan semua rakyat Malaysia bersatu. Selamat Merdeka ke-62,” catat Alicia Siow dalam ruangan komen.




Huda Jalil: “Terbaik. Pertama kali melihat gabungan menteri-menteri dari kerajaan PH serta kesudian YDP Agong. Doa kami sebagai rakyat Malaysia agar Malaysia terus kekal aman, maju dan hidup harmoni”.

Lagu Setia, nyanyian asal Francissca Peter pada 1987, dicipta oleh Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

[Video] Agong, menteri PH sepentas dalam lagu ‘Setia’ sempena 62 tahun merdeka [Video] Agong, menteri PH sepentas dalam lagu ‘Setia’ sempena 62 tahun merdeka Reviewed by Faceless on 12:38 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.