Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyerahkan tampuk
kepimpinan negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal membunuh
kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH).
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata sekiranya
langkah itu dilaksanakan ia akan menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak
mempunyai banyak masa untuk melaksanakan tugas.
Loading...
“Tidak ada masa untuk Anwar berkempen, dia mesti bersedia
sekurang-kurangnya dua tahun untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen.
“Kalau PRU15 baru nak serah [kepada Anwar] itu nak membunuh
parti, nak membunuh PH,” kata Syed Husin Ali seperti dilapor Malaysiakini.
“Saya memang tidak boleh pegang cakap dia. Dr Mahathir ini
kadang-kadang dia buat keputusan bersama dengan pimpinan tapi nanti dia akan
buat benda lain.
“Kemudian dia akan kata 'saya lupa'. Bukan Melayu sahaja
lupa, Mahathir pun selalu lupa,” katanya.
Syed Husin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr
Mahathir Mohamad yang berucap pada dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New
York tiga hari lalu.
Tun Mahathir dilapor menyatakan hanya akan berundur sebelum
PRU15 dan mungkin ada tiga tahun paling lama untuknya berbuat demikian.
loading...
Mengikut perjanjian PH sebelum PRU14, Dr Mahathir akan
dilantik sebagai perdana menteri dan kemudian menyerahkan teraju kepada Anwar.
Namun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.
Dr Mahathir sebelum ini berkata kepada media akan berundur
selepas dua tahun memegang jawatan perdana menteri dan akan mengotakan
janjinya.
Undur sebelum PRU15? Dr Mahathir pun lupa serah jawatan - Syed Husin
Reviewed by Faceless
on
17:13
Rating:
No comments: