Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB telah diarahkan oleh
pejabat Najib Razak supaya meninggalkan negara untuk mengelakkan prosiding
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen pada 2015, Mahkamah di
Kuala Lumpur diberitahu hari ini.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang mengambil alih sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada 2009, diarahkan berpindah ke Pemandu, Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, pada 15 Mac 2013, kata Ketua Pegawai
Eksekutif 1MDB ketika itu, Arul Kanda Kandasamy memberitahunya bahawa Pejabat
Perdana Menteri (PMO) mengarahkannya melakukan perjalanan ke luar negara untuk
mengelakkan dipanggil ke mesyuarat PAC yang pertama.
Loading...
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata demikian semasa
menjawab soalan tambahan dari timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram pada hari ke-16 perbicaraan
Najib berhubung dana 1MDB.
Sri Ram: Adakah anda melakukan perjalanan ke luar negara?
Shahrol Azral: Saya menaiki penerbangan ke Singapura selama
satu hari.
Sri Ram: Jadi, anda terbang ke Singapura untuk mengelakkan
mesyuarat PAC?
Shahrol Azral: Itu yang diberitahu oleh (Arul Kanda) kepada
saya.
loading...
Untuk menghadapi prosiding PAC yang berikutnya, saksi itu
berkata dia dilatih oleh ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau
Jho Low yang juga mengatur agar dia bertemu dengan anggota Barisan Nasional
(BN) dalam PAC sebelum dia disoal oleh PAC.
Saksi itu berkata sebelum prosiding PAC pada 2015, satu
mesyuarat telah diadakan di rumah Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan di Sri
Hartamas, yang pada masa itu bertanggungjawab terhadap penjenamaan imej Najib.
Beliau berkata antara ahli BN dalam PAC yang beliau bertemu
ialah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
"Saya mencatatkan perkara-perkara diberitahu oleh Jho
Low mengenai maklumat yang akan dibincangkan semasa mesyuarat PAC. Saya juga
telah mengatur supaya saya bertemu dengan seorang atau dua orang anggota BN
dalam PAC sebelum mesyuarat sebenar.
"Saya bertemu Rahman Dahlan, yang merupakan ahli
jawatankuasa pada masa itu dan dalam perbualan, kami menyentuh mengenai soalan
yang akan ditanya oleh PAC," katanya.
Sri Ram kemudian bertanya sama ada soalan yang dibincangkan
dengan Abd Rahman sebenarnya adalah yang ditanya ketika dia akhirnya mjemberi
keterangan kepada PAC, yang saksi itu menjawab: "Sekitar, ya".
Sri Ram: Sebenarnya apa tujuan mesyuarat ini?
Shahrol Azral: Mesyuarat, pra prosiding PAC adalah untuk
saya membuat persediaan untuk soalan dan pasca prosiding, adalah untuk
membincangkan apa yang terkandung dalam laporan itu.
Beliau berkata, semasa mesyuarat di rumah Ahmad Farid, saksi
itu diberitahu Najib diserang dari penjuru politik kerana skandal 1MDB dan
beliau diarahkan untuk tidak mengheboh-hebohkan Mmengenai sebarang peranan
Najib dalam 1MDB.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan
kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan
21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut
di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala
Lumpur antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 sementara bagi pertuduhann wang
haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah
bersambung pada Isnin.
- Bernama
Bekas CEO 1MDB lari ke Singapura untuk elak prosiding PAC
Reviewed by Faceless
on
05:11
Rating:

No comments: