Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta
dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.
Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan
dihadapan Hakim Azura Alwi.
Loading...
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan
berkaitan meluluskan penganjuran beberapa program di bawah suruhanjaya itu.
Daripada 33 pertuduhan ke atasnya, 31 pertuduhan adalah di
bawah Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
membawa hukuman dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda
nilai suapan bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.
Manakala dua lagi pertuduhan pula di bawah Seksyen 165 Kanun
Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau
kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
loading...
Sementara itu, anak tertuduh, Abdulazeez Wan Ruslan, 33,
turut berhadapan empat pertuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan ibunya
menerima suapan berjumlah RM160,000 di bawah Akta SPRM dan Seksyen 109 Kanun
Keseksaan yang dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika
sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hamidi Mohd Noor manakala
pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM, Allan Suman Pillai.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan wang jaminan RM300,000 bagi
Zahrah dengan dua penjamin m
Manakala RM70,000 bagi Abdulazeez dengan seorang penjamin.
Kes disebut semula pada 26 November depan. - Astro Awani
Bekas CEO SSM, anak berdepan 37 pertuduhan rasuah melibatkan RM5.7 juta
Reviewed by Faceless
on
01:03
Rating:

No comments: