Polis telah mengambil keterangan sembilan individu termasuk
seorang wanita berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan individu yang
dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di
Sarawak.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan
Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Mior
Faridalatrash Wahid berkata proses mengambil keterangan kesemua suspek berusia
34 dan 64 tahun dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak.
Loading...
“Siasatan kes dilakukan mengikut disiasat mengikut Seksyen 8
(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan ia telah selesai.
“Kertas siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada
Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang
media di Bukit Aman hari ini.
Ditanya alasan individu itu tidak menghormati lagu Negaraku,
beliau berkata berdasarkan keterangan mereka bertindak sedemikian sebagai tanda
protes.
“Siasatan polis tidak mengambil kira apa jua alasan yang
dibuat kerana undang-undang telah tetapkan yang jika lagu Negaraku dimainkan,
warga Malaysia perlu beri penghormatan dan berdiri,” katanya.
Menurut laporan portal tempatan, kesemua individu berkenaan
dipercayai merupakan ahli Kumpulan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang bertindak
demikian sebagai tanda protes terhadap janji kerajaan Persekutuan kepada negeri
itu yang tidak dipenuhi.
loading...
Video berdurasi 22 saat berkenaan dipercayai dirakam di satu
majlis makan malam, minggu lepas, sebelum dimuatnaik di media sosial dan
dikongsi lebih 4,000 akaun.
Mengulas larangan bacaan doa di sebuah sekolah di Pulau
Pinang, beliau berkata pihaknya akan memanggil sembilan lagi individu untuk
membantu siasatan.
“Polis terima 10 laporan polis dan telah ambil keterangan
lima individu terdiri daripada ibu bapa yang menghadiri majlis itu,” katanya.
Pada Jumaat beberapa individu dikatakan hadir pada satu
majlis penyampaian anugerah di sekolah itu dan didakwa melarang pelajar Islam
membaca doa mengikut agama Islam, sebaliknya dibaca mengikut agama Kristian.
- Bernama
Tidak hormat Negaraku: Polis rakam keterangan sembilan individu
Reviewed by Faceless
on
01:08
Rating:

No comments: