Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) akan
menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman, makmur
dan dihormati di persada dunia, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, dasar itu juga akan menjadikan rakyat
Malaysia bersatu padu serta berupaya mempertahankan kepentingan nasional.
Loading...
Ketika melancarkan DKKA itu di sini hari ini, Mahathir
berkata, dasar itu juga akan melengkapi Dasar Keselamatan Negara (DKN) yang
merupakan satu dasar payung dalam aspek keselamatan negara.
"Dasar ini dirangka sebagai panduan dan rujukan bagi
mendepani pelbagai isu dalam sektor keselamatan dan ketenteraman awam yang kian
mencabar,"katanya.
Mahathir berkata, DKKA amat diperlukan di waktu negara
berhadapan dengan ancaman keselamatan yang begitu kompleks dan sukar ditangani
dengan cara-cara konvensional.
"Kerajaan bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan
negara dan rakyat terjamin. Negara yang selamat dan aman akan menyumbang kepada
kemakmuran dan kesejahteraan," katanya.
loading...
Mahathir berkata, DKKA amat diperlukan di waktu negara
berhadapan dengan ancaman keselamatan yang begitu kompleks dan sukar ditangani
dengan cara-cara konvensional.
"Kerajaan bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan
negara dan rakyat terjamin. Negara yang selamat dan aman akan menyumbang kepada
kemakmuran dan kesejahteraan," katanya.
Perdana Menteri berkata, dunia kini berhadapan dengan
pelbagai cabaran keselamatan yang kompleks.
"Ancaman ini memberikan satu cabaran yang besar kepada
mana-mana kerajaan di dunia bagi memastikan keselamatan negara dan rakyatnya
terjamin," katanya.
Menurut Mahathir, keselamatan dan ketenteraman awam merangkumi semua aspek dari pemeliharaan
kelangsungan perlembagaan dan institusi agama, bangsa dan tanah air; pengukuhan
keselamatan sempadan; menjamin keselamatan dan ketenteraman awam; memerangi
ancaman dadah; dan melindungi aset dan sasaran penting negara. - Bernama
Dasar Keselamatan Negara dan Ketenteraman Awam dilancar untuk negara kekal berdaulat
Reviewed by Faceless
on
19:44
Rating:

No comments: