"Saya gembira sungguh kerana akhirnya cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) adalah lebih baik," kata bekas Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Ahli Parlimen Pontian itu mengakui Barisan Nasional (BN)
menerima kritikan hebat terutama daripada pembangkang ketika GST diperkenalkan.
Loading...
"Kebenaran yang saya perkatakan mengenai GST akhirnya
terjawab apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kajian semula
dilakukan terhadap GST.
"Masing-masing terpaksa menjilat ludah sendiri. Ada
banyak kemaafan dipohon dan saya dengan bermurah hati memaafkan. Saya tahu
fakta saya diputar belit sehingga rakyat tidak mendapat penjelasan
sebaiknya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis bersama
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Burasak Abah Pekan Nanas di sini hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut menyatakan komitmen
untuk membantu jentera pilihan raya BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Tanjung Piai.
loading...
Katanya, lokasi Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Pontian
hanya bersebelahan dan tidak sukar untuk beliau membantu gerak kerja pilihan
raya.
"Parlimen lain yang berjiran dengan Parlimen Pontian
seperti Simpang Renggam, Batu Pahat, Kulai dan Iskandar Puteri milik Pakatan
Harapan.
"Besar harapan saya jika kerusi Tanjung Piai pada PRK
kali ini dimenangi calon BN. Dapatlah saya berkawan di Dewan Rakyat
nanti," katanya. - Sinar Harian
GST: 'Masing-masing terpaksa jilat ludah sendiri' - Ahmad Maslan
Reviewed by Faceless
on
00:04
Rating:

No comments: