Foto FMT
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) gagal menyerahkan saman berhubung penyata
kewangan syarikat terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn
Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, bekas pengarah bukan eksekutif syarikat itu, Datuk
Suboh Md Yassin dan syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Pegawai Pendakwa Raya SSM, Fazarul Ezhar Mohd Mokhtar
memberitahu mahkamah, oleh itu pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan
Pendakwa Raya supaya ketiga-tiga mereka selaku Orang Kena Saman (OKS)
dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).
Loading...
"Pihak kami memohon kes ini di DNAA terhadap
ketiga-ketiga OKS kerana saman masih tidak dapat diserahkan," katanya pada
sebutan kes itu di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.
Beliau berkata pihaknya akan memfailkan semula saman itu
terhadap ketiga-tiga OKS supaya mereka mengemukakan penyata kewangan tahunan
bagi tahun 2017 kepada SSM.
Gandingan Mentari, iaitu anak syarikat SRC, Nik Faisal dan
Suboh, didakwa gagal menyerahkan penyata kewangan tahunan bagi 2017 dalam
tempoh 30 hari sebagaimana yang dikehendaki SSM mengikut Seksyen 68 (1) Akta
Syarikat 2016.
Pada 20 Jun lepas, Suboh dipanggil sebagai saksi pendakwaan
untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak yang didakwa menyelewengkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
loading...
Semasa perbicaraan kes itu juga pada 9 Ogos lepas, Penolong
Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Rosli Husain memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau gagal mendapatkan minit
mesyuarat asal SRC bagi tahun 2013 kerana Nik Faisal melarikan diri ke luar
negara.
-Bernama
Nik Faisal, Suboh lepas tanpa bebas kes saman berhubung penyata kewangan
Reviewed by Faceless
on
00:08
Rating:

No comments: