Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa
kerajaan hari ini yang dipimpin oleh orang Melayu tidak sekuat dahulu.
Berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati hari
ini, beliau berkata ini kerana pemimpin Melayu perlu mengambil kira perasaan
dan pandangan daripada pemimpin bukan Melayu.
Loading...
“Saya nak mengaku di sini bahawa kerajaan walaupun dipimpin
oleh orang Melayu, tidak sekuat kemelayuannya pada hari ini. Kalau dahulu kita
boleh harap kerana kerajaan dipimpin oleh orang Melayu, memang kuat.
“Sekarang tidak kuat kerana mahu tidak mahu, kita kena ambil
kira perasaan orang lain. Kalau kita tidak ambil kira, datang pilihan raya,
kita akan kalah. Inilah hakikat kebenaran yang kita dapat dalam negara kita,”
katanya.
Kongres Himpunan Melayu dianjurkan oleh Universiti Malaya
(UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia
(UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penganjuran kongres tersebut sebelum ini mendapat kritikan
beberapa pemimpin UMNO yang mendakwa institusi pengajian tinggi telah digunakan
sebagai alat politik.
loading...
Antara yang kelihatan hadir pada kongres hari ini Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin,
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan penyanyi nombor satu negara,
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. - Sinar Harian
Tun M akui kerajaan kini tak kuat kemelayuannya
Reviewed by Faceless
on
01:06
Rating:

No comments: