Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy hadir ke
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung
siasatan terhadap artikel bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama
- Ramasamy' dan 'Who Am I, terorist atau pendamai' yang disiarkan dalam portal
tempatan.
Ramasamy tiba pada jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta jenis
Toyota Vellfire berwarna putih dan ditemani peguamnya, K Ragunath.
Loading...
Menurutnya, beliau berharap dan tidak rasa bahawa siasatan
polis itu membabitkan campur tangan politik.
"Saya datang bagi membantu siasatan berhubung siasatan
polis terhadap dua artikel berkenaan yang sebelum ini disiar dua portal berita.
"Bagi saya, polis ada hak untuk mengambil keterangan
dan saya pula ada hak untuk meluahkan pendapat kerana sebagai warganegara
Malaysia, sesiapa pun berhak menulis atau berucap mengenai isu yang berlaku dan
terpulang kepada polis untuk menganggap sama ada isu atau perkara
dibangkitkannya yang disiarkan portal berita adalah bertentangan dengan
undang-undang," katanya ketika ditemui di luar pintu utama Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman di sini hari ini.
loading...
Pada 17 September lalu, Ramasamy dilaporkan berkata, bahawa
beliau terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara polis dan
tiga perompak lelaki berbangsa India dari Batu Caves hingga ke Batu Arang yang
berlaku 14 September lalu.
Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Prai juga
tertanya-tanya dengan insiden itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.
Terdahulu dalam kejadian jam 5 pagi pada 14 September lalu
polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai aktif melakukan samun pecah
rumah di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor. - Sinar Harian
Dipanggil polis: 'Saya ada hak luahkan pendapat' - Ramasamy
Reviewed by Me
on
00:18
Rating:

No comments: