Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Jabatan Kewangan
Felda tidak mengetahui pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di
Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) bernilai
RM160 juta, tidak mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Bekas Pengarah Kewangan Felda, Mohd Shahrin Mohd Ali, 50,
berkata surat permohonan daripada FICSB iaitu anak syarikat Felda untuk mendapatkan
wang pendahuluan RM1 juta dan RM1. 88 juta bagi pembelian hotel berkenaan tidak
dinyatakan tentang kelulusan pembelian hotel tersebut.
Loading...
Saksi pendakwaan ketiga yang kini merupakan Pengarah Unit
Transformasi Felda berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Timbalan
Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz pada hari kedua perbicaraan kes pecah
amanah dan rasuah RM3 juta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad di
hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Afzainizam: Adakah ini bermaksud apabila FICSB menerima
pendahuluan (wang) daripada Felda, FICSB tidak perlu lagi dapatkan kelulusan
daripada Ahli Lembaga Pengarah Felda berhubung pembelian hotel tersebut yang
bernilai RM160 juta?
Mohd Shahrin: FICSB perlu dapatkan kelulusan untuk pembelian
atau pelaburan ini.
Afzainizam: Walaupun pendahuluan telah diberikan, masih
perlu dapatkan kelulusan?
loading...
Mohd Shahrin: Ya, kerana ia dua perkara berbeza yang mana
satu adalah kelulusan untuk pembelian (hotel) dan kedua adalah kelulusan
pendahuluan pinjaman.
Saksi itu berkata Jabatan Kewangan Felda tidak akan
meluluskan pembayaran pendahuluan itu kepada FICSB sekiranya tahu pembelian
hotel itu tidak mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.
“Berdasarkan amalan di Jabatan Kewangan Felda, jika kelulusan
tidak diperoleh, kebiasaannya kita akan bincang dengan pengurusan sebelum
dirujuk kepada ketua saya sama ada Pengarah Besar Felda atau timbalannya sama
ada perkara ini boleh dapatkan kelulusan atau tidak,” katanya ketika ditanya
Afzainizam sama ada beliau akan membayar pendahuluan yang diminta sekiranya
tahu pembelian hotel tersebut tidak diluluskan.
Beliau menjelaskan bahawa di peringkat Jabatan Kewangan
Felda, setiap jumlah yang diberikan kepada FICSB untuk pelaburan adalah atas
tanggungjawab anak syarikat itu bagi melaksanakan pelaburan tersebut.
"Terdapat beberapa pelaburan dibuat oleh FICSB yang mana
diperingkat Jabatan Kewangan Felda, kami tidak dimaklumkan secara terperinci
atau berterusan disebabkan anak syarikat Felda itu mempunyai pengurusan,
Jabatan Kewangan, Ahli Lembaga Pengarah mereka.
"Jadi secara pengurusannya, saya tidak mengetahui tentang
pembelian hotel ini hinggalah dimaklumkan secara rasmi pada tahun 2015,"
katanya.
Beliau berkata Jabatan Kewangan Felda sedia maklum tentang
pembelian hotel tersebut, namun pada 2014 jawatankuasa itu tidak tahu tentang
mandat had jumlah pelaburan yang Felda boleh berikan kepada FICSB adalah RM100
juta.
"Saya memahami atau tahu berkaitan mandat had pelaburan
RM100 juta ini ketika perbicaraan kes melibatkan bekas Pengarah Felda berkaitan
penternakan ikan pada 2017,"katanya.
Pada 14 Dis 2018, Mohd Isa, 70, mengaku tidak bersalah atas
satu pertuduhan pecah amanah, dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah
lebih RM3 juta di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April
2014 dan 11 Dis 2015.
Perbicaraan di hadapan Mohd Nazlan bersambung petang ini.
- Bernama
‘Jabatan Kewangan tak tahu pembelian hotel tidak diluluskan Felda’
Reviewed by Faceless
on
02:16
Rating:

No comments: