Pengguna dan pekerja mempunyai kuasa menentukan jatuh bangun
sesebuah syarikat, kata menteri belia dan sukan.
Menjawab Foodpanda yang bertegas mahu kekalkan skim upah
baru, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keangkuhan bukan jalan penyelesaian
antara syarikat penghantar makanan itu dengan pekerja.
Loading...
“Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau
pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.
“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat
yang adil kepada pekerja dan pengguna,” catatnya di Twitter.
Katanya seperti syarikat korporat, wakil rakyat sepertinya
juga dipilih dan boleh dihukum oleh rakyat.
Semakan terkini mendapati tanda pagar #UninstallFoodPanda
(buang aplikasi Foodpanda) mula membanjiri Twitter.
loading...
Pengguna media sosial itu menyatakan mereka sudah membuang
aplikasi Foodpanda dari telefon pintar, sebagai tanda sokongan kepada nasib
penghantar makanan.
“Solidariti kepada Panda Riders #UninstallFoodPanda,” catat
pengguna @boolat365.
tak ramai yang tahu. I was a foodpanda rider for 2weeks.— ذُو الفَقَار (@ZulfaqarZahri) October 8, 2019
crazy jobs, barely get paid. now they won't even care about the riders. so yeah... im #UninstallFoodPanda
Tanda pagar #boikotfoodpanda juga menjadi antara topik
perbualan tertinggi di Twitter hari ini.
“Nampaknya pengurusan Foodpanda
bukan sahaja berdegil untuk mengikut tuntutan rider. Malah begitu bongkak lagi.
Ayuh kita meneruskan revolusi paling comel dalam sejarah. #comeltapikejam,”
catat @iEjanKirkic.
consumers can start #boikotfoodpanda, but don't forget that the riders also will not get order and income from the boycott.— Your TuanMasbro Thinkaboutit Bongkersz (@bongkersz) October 7, 2019
best is to pressure the government for law and regulation, making sure gig economy companies will look after the welfare and benefits of the riders. https://t.co/sv4mmfSMvp
Foodpanda semalam mahu mengekalkan skim baru untuk
penghantar di luar Lembah Klang untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu
sebelum mengambil langkah seterusnya, jika perlu.
Pengarah urusan Malaysia, Sayantan Das, berkata data awal
menunjukkan sebilangan besar penunggang memperoleh pendapatan lebih daripada
sebelumnya. - Projek MM
‘Korporat angkuh boleh dijatuhkan’, #UninstallFoodPanda mula banjiri Twitter
Reviewed by Faceless
on
02:11
Rating:

No comments: